ð‰ð¨ð¦ ð›ð¢ð§ðš ð¦ðšð¬ðš ððžð©ðšð§ ð²ðšð§ð ð¥ðžð›ð¢ð¡ ðœðžð«ðšð¡ ð›ðžð«ð¬ðšð¦ðš ðð«ð¨ð ð«ðšð¦ ðŠðžð¦ðšð¡ð¢ð«ðšð§ ððžð§ð£ðšð§ðšðšð§ ððžð§ððšð©ðšððšð§ ðŠðˆð‘ð€ðð€ ð“ðšð¡ð®ð§ ðŸðŸŽðŸðŸ”
Program ini dianjurkan khas bagi membantu wanita memperkasa diri melalui peluang kemahiran dan penjanaan pendapatan dalam bidang perniagaan, makanan & minuman, perkhidmatan serta kraf kreatif. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada wanita yang berminat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka. ![]()
![]()
Melalui program ini, peserta berpeluang menerima pendedahan, bimbingan dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan serta kemahiran keusahawanan ke arah kehidupan yang lebih berdikari dan berjaya. Tempat adalah TERHAD kepada 30 peserta sahaja, jadi jangan lepaskan peluang ini!
Tarikh tutup permohonan: 31 Mei 2026 (Ahad , 12.00 Tengah Hari)
Syarat-syarat penyertaan boleh lihat di poster atau borang penyertaan.
Daftar sekarang melalui pautan berikut atau scan kod QR tertera:
Klik Untuk Daftar Program KIRANA 2026: https://forms.gle/fSkqdLiZk9dKjcoL7
Peserta yang melepasi kelayakan akan dihubungi oleh pihak PPWN Pahang untuk sesi temuduga.
SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ![]()
![]()
![]()
![]()
ð‘ªð’Šð’ð’•ð’‚ ð’”ð’†ð’‘ð’‚ð’•ð’–ð’•ð’ð’šð’‚ ð’Žð’†ð’ð’Šð’ð’…ð’–ð’ð’ˆð’Šâ€¦ð’ƒð’–ð’Œð’‚ð’ ð’Žð’†ð’ð’šð’‚ð’Œð’Šð’•ð’Š.
Berhenti normalisasikan keganasan dalam hubungan. Menampar, mengugut, mengawal, memaksa kerana semuanya bukan tanda sayang, tetapi bentuk penderaan yang tidak boleh diterima sama sekali. Tiada alasan, tiada kompromi. Keganasan rumah tangga adalah jenayah.
Program “KEGANASAN RUMAH TANGGA: CINTA BUKAN DERITA†membuka mata masyarakat tentang realiti yang sering disembunyikan di sebalik pintu tertutup. Ia memberi pendedahan jelas tentang bentuk-bentuk keganasan, hak mangsa, serta tindakan yang perlu diambil untuk keluar daripada kitaran penderaan.
Diam bukan penyelesaian. Takut bukan alasan untuk terus bertahan. Bangkit, lindungi diri, dan berani bersuara kerana anda berhak untuk hidup tanpa penderaan.
Jom sertai kami dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
TUAN GOPAL A/L AKAMBARAM
KETUA UNIT PSIKOLOGI S12,
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,
JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Tarikh : 15 April 2026 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
“ð‘©ð’Šð’ð’‚ ð’Žð’Šð’ð’…ð’‚ ð’”ð’Šð’‰ð’‚ð’•, ð’‰ð’Šð’…ð’–ð’‘ ð’•ð’†ð’“ð’‚ð’”ð’‚ ð’ð’†ð’ƒð’Šð’‰ ð’Œð’–ð’‚ð’• ð’…ð’‚ð’ ð’ƒð’†ð’“ð’Žð’‚ð’Œð’ð’‚.â€
Kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan hidup yang sering dipandang ringan. Dalam kesibukan harian, tekanan emosi, keletihan dan beban fikiran boleh memberi kesan besar kepada kualiti hidup seseorang tanpa kita sedari. Justeru, penting untuk kita memahami, menjaga dan memberi ruang kepada diri sendiri untuk pulih.
Program “SIHAT MINDA, SEJAHTERA JIWA†diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Melalui perkongsian ini, peserta akan didedahkan dengan cara mengurus emosi, mengenali tanda tekanan serta membina keseimbangan antara minda dan jiwa.
Ayuh bersama kita bina kehidupan yang lebih tenang, positif dan sejahtera dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
PUAN NOR ASIDA BINTI SHAFII
PEGAWAI PSIKOLOGI KAUNSELING,
JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG
Tarikh : 14 April 2026 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
"Bekerjaya Dengan Gaya, Berbelanja Dengan Bijaksana"
Dalam era moden yang menuntut produktiviti dan keseimbangan kehidupan, wanita bekerjaya memainkan peranan penting bukan sahaja dalam pembangunan kerjaya malah dalam pengurusan kewangan peribadi yang bijak. Peningkatan kos sara hidup, komitmen kerjaya serta keperluan mengekalkan gaya hidup yang seimbang menjadikan perancangan bajet sebagai satu kemahiran yang amat penting.
Penyediaan bajet yang realistik bukan sekadar langkah mengawal perbelanjaan, tetapi juga strategi bagi memastikan kestabilan kewangan dalam jangka panjang. Oleh itu, marilah bersama-sama kami untuk menghayati topik “Bajet Realistik; Wanita Bekerjaya" yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
Puan Suraya Binti Ahmad.
Pensyarah Kanan,
Fakulti Perakaunan,
UiTM Dungun.
Tarikh : 31 Mac 2026 (Selasa)
Masa : 02.30 petang – 03.30 petang
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
“ð‘ºð’‘ð’†ð’†ð’„ð’‰ ð‘«ð’†ð’ð’‚ð’š ð‘©ð’–ð’Œð’‚ð’ ð‘·ð’†ð’ð’ˆð’‰ð’‚ð’ð’‚ð’ð’ˆ ð‘¼ð’ð’•ð’–𒌠ð‘¨ð’ð’‚ð’Œ-ð‘¨ð’ð’‚𒌠ð‘©ð’†ð’“ð’‹ð’‚ð’šð’‚â€
Isu speech delay semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan sering menimbulkan kebimbangan dalam diri ibu bapa. Namun begitu, anak-anak yang mengalami speech delay bukanlah satu beban, sebaliknya mereka tetap berpotensi untuk berjaya seperti kanak-kanak lain apabila diberi sokongan dan intervensi yang sesuai.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu memahami langkah-langkah yang betul dalam mengurus dan membimbing anak-anak istimewa agar perkembangan mereka dapat diperkasa secara optimum.
Justeru, sejauh manakah pentingnya ibu bapa memahami isu speech delay ini?
Jom mari bersama – sama kami untuk mengupas topik “ð‘ºð’‘ð’†ð’†ð’„ð’‰ ð‘«ð’†ð’ð’‚ð’š: ð‘©ð’†ð’“ð’”ð’‚ð’ƒð’‚ð’“ ð‘¨ð’ð’‚𒌠ð‘¨ð’ð’…ð’‚ ð‘¯ð’†ð’ƒð’‚ð’•!†yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu:
Dr. Fatin Alina binti Mohd Radzi,
Penyelaras Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
UiTM Puncak Alam.
Tarikh: 30 Mac 2026 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
Selamat Menonton ! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. ![]()
![]()
![]()
![]()
