Hits: 1943
Perkhidmatan Rumah Perlindungan Wanita Anti Pemerdagangan Orang (RPW ATIP)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan peneraju Jawatankuasa Penjagaan dan Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang (JPPMPO) di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).
Fungsi JPPMPO adalah untuk melaksanakan peruntukan Bahagian V, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670], iaitu jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan.
Oleh itu, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah mewujudkan Rumah Perlindungan Wanita (RPW) bagi penjagaan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan wanita.
01
Keperluan asas
02
Rawatan (perubatan atau kaunseling)
03
Khidmat jurubahasa, sekiranya perlu
04
Aktiviti harian
05
Pengiringan ke sesi mahkamah
06
Komunikasi bersama keluarga
07
Permohonan Kebenaran Bergerak Bebas dan Kebenaran Bekerja, seperti peruntukan seksyen 51A Akta 670
08
