🌿 KURSUS ASAS MENGURUT – SATU RUMAH, SATU TUKANG URUT 💆‍♀️✨ Pernah terfikir nak belajar mengurut dengan teknik yang betul, selamat dan mudah dipraktikkan? Atau nak tambah kemahiran baharu yang boleh menjadi sumber pendapatan sampingan? 💰 Jom sertai Kursus Asas Mengurut dan pelajari teknik urutan secara hands-on dan praktikal bersama kami! 💚 MODUL 3 – URUTAN KHUSUS BAHAGIAN DEPAN & BELAKANG BADAN 📌 Fokus: Urutan khusus bahagian badan depan & belakang 📅 3 September 2026 (Khamis) ⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari 💰 RM69.90 ✨ APA YANG AKAN DIPELAJARI? ✅ Teknik asas urutan bahagian depan & belakang badan ✅ Mengenal pasti kawasan otot yang tegang ✅ Teknik urutan untuk membantu melegakan lenguh dan ketegangan badan ✅ Teknik urutan bahagian abdomen dan belakang badan ✅ Praktikal secara hands-on 💚 MODUL 4 – URUTAN MEMBETULKAN POSTUR BADAN 📌 Fokus: Teknik urutan dan penjajaran badan untuk membantu memperbaiki postur 📅 17 September 2026 (Khamis) ⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari 💰 RM199.00 ✨ APA YANG AKAN DIPELAJARI? ✅ Asas mengenali postur badan yang tidak seimbang ✅ Teknik urutan berkaitan ketegangan otot ✅ Teknik membantu melegakan ketegangan pada bahagian tertentu badan ✅ Asas penjajaran dan kesedaran postur badan ✅ Praktikal secara hands-on 📍 TEMPAT: Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan 📲 TEMPAT ADALAH TERHAD! Untuk pendaftaran & pertanyaan, hubungi: Cikgu Zue 📞 019-9911173 🌐 www.wasap.my/60199911173/daftarkelasurutan 🌿 Belajar kemahiran. Tambah keyakinan. Boleh dipraktikkan untuk diri sendiri, keluarga dan sebagai kemahiran tambahan.
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐄𝐁𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐈𝐒𝐌𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀: “𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍: 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐆𝐀𝐍𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀” JPW Pahang akan menganjurkan Program Webinar PRISMANITA sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran Masyarakat khususnya golongan wanita, berkaitan hak, perlindungan dan saluran bantuan yang tersedia bagi menghadapi isu keganasan rumah tangga. Webinar PRISMAnita kali ini memberi penekanan kepada kepentingan pengetahuan berkaitan perundangan, hak mangsa serta tindakan yang boleh diambil sekiranya berhadapan dengan situasi keganasan rumah tangga. Program ini juga menjadi platform untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan mudah difahami agar wanita lebih berani mendapatkan bantuan serta tidak berdiam diri dalam menghadapi keganasan. Sesi webinar akan dikendalikan oleh Puan Nazare Yusra binti Mohamed @ Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai penceramah jemputan. 📅 Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis) ⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi 📱 Platform: Laman Rasmi Facebook JPW Pahang 🛜 Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami 📍 Platform: Facebook Live https://www.facebook.com/jpwanitapahang/ E-Sijil disediakan kepada semua peserta yang mengisi borang kehadiran di akhir slot! Program ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan dan kesedaran wanita mengenai hak serta perlindungan di sisi undang-undang, di samping menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama membina persekitaran yang lebih selamat, prihatin dan bebas daripada keganasan rumah tangga.
Image