Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) Fasa 2- Pembangunan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026
18 Julai 2026|Hari Pertama
Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) Fasa 2- Pembangunan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertempat di Dewan Kampo, International Youth Centre (IYC), Cheras, Selangor.
Program yang dihadiri oleh 128 orang peserta ini juga turut berlangsung selama tiga (3) hari dan ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memperkasa golongan ibu tunggal melalui pembangunan kapasiti, peningkatan pengetahuan serta pengukuhan kesejahteraan diri.
Sepanjang program, para peserta mengikuti pelbagai pengisian yang merangkumi Modul Pengurusan dan Literasi Kewangan, termasuk slot Kenali Wang Anda (Pancing Ringgit), Ceramah Pengurusan Kewangan Keluarga Berhemah dan aktiviti interaktif Pemburu Wang (Money Hunter) yang dikendalikan oleh penceramah daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Selain itu, peserta turut didedahkan dengan Modul Kemahiran Perundangan dan Modul Pembangunan Psikososial bagi meningkatkan kefahaman mengenai hak perundangan, kesejahteraan emosi, pengurusan diri serta pembangunan potensi sebagai wanita dan ketua keluarga.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan KPWKM dalam memperkasa ibu tunggal melalui pendekatan yang holistik, sekali gus melahirkan wanita yang lebih berilmu, berdaya tahan, berdikari dan mampu menyumbang kepada pembangunan keluarga serta masyarakat.
#KASIHKPWKM
#KitaKanKeluarga
#MalaysiaMADANI
#MADANIBEKERJA
#KasihnITa
KASIHNITA PERKUKUH JARINGAN SOKONGAN DAN PEMERKASAAN IBU TUNGGAL
19 Julai 2026
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri hari ini merasmikan Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnlTa) 2026 Peringkat Negeri Sarawak sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasa golongan ibu tunggal agar lebih berdaya saing, berdikari dan berupaya meningkatkan kesejahteraan keluarga.
Dalam ucapannya, Program KasihnlTa bukan sekadar platform pembangunan kemahiran, malah menjadi medan membina keyakinan diri, memperkukuh daya tahan serta membuka peluang kepada ibu tunggal untuk meningkatkan taraf sosioekonomi melalui ilmu pengetahuan, kemahiran dan jaringan sokongan yang berterusan.
Program KasihnlTa 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah menerima seramai 150 peserta berjaya dipilih bagi mengikuti program kali ini. Penyertaan yang memberangsangkan ini membuktikan kesungguhan ibu tunggal untuk terus menambah ilmu, meningkatkan kemahiran dan memperbaiki taraf kehidupan walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk kekangan masa, tanggungjawab keluarga serta faktor jarak dan mobiliti.
YB Menteri turut menegaskan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif pemerkasaan wanita bagi memastikan mereka terus diberi peluang meningkatkan kapasiti diri serta memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara.
Diakhir ucapannya, semua peserta diseru untuk menjadikan Program KasihnITa sebagai titik permulaan untuk terus bangkit serta KPWKM akan terus memastikan agenda memperkasa ibu tunggal kekal menjadi keutamaan supaya mereka bukan sahaja mampu berdikari, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan keluarga yang lebih sejahtera dan masyarakat yang lebih inklusif serta berdaya tahan.
Turut hadir Ketua Pengarah JPW, YBrs Puan Hanani Sapit dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan dan Agensi Kementerian.

PROGRAM ADVOKASI KESEJAHTERAAN UNTUK WANITA@KEGANASAN RUMAH TANGGA (AKUWANITA@KRT) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
15 Julai 2026
Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (AKUWANITA@KRT) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Faridah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita bertempat di Hotel Swiss-Garden, Melaka.
Dengan penyertaan seramai 300 orang peserta ke program ini menunjukkan inisiatif Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dalam memperkukuh usaha advokasi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga amat penting kepada masyarakat komuniti.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian termasuk slot perkongsian Dengarkan Jeritan Batinku, slot Berani Bersuara Keluar Dari Keganasan Rumah Tangga serta perkongsian Fungsi One Stop Crisis Center Dalam Keganasan Rumah Tangga.
Program ini turut menjadi platform untuk memberi penekanan kepada keberanian mangsa untuk mendapatkan bantuan serta menggalakkan masyarakat memainkan peranan sebagai mata dan telinga dalam membendung keganasan rumah tangga.
Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JPW dalam memperkasa wanita dan memperkukuh institusi keluarga melalui pendekatan advokasi yang menyeluruh.
Hadir sama Puan Nor Khalida binti Kasim, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka (PPWN), Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan agensi.
#KASIHKPWKM
#KitaKanKeluarga
#MalaysiaMADANI
#MADANIBEKERJA
#taatsetia
- Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita (AKUWANITA@KRT) Dan Hari Terbuka PRISMAnita Negeri Terengganu
- Program The 3rd Family Business Sustainability & Entrepreneurship (FBSEC) 2026
- Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 Peringkat Negeri Melaka
- Perasmian Persidangan 5th Malaysian Advances In Women's Health Congress 2026