<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">
Jabatan Pembangunan Wanita
MAKLUMAT BERKAITAN NGO DAN PERMOHONAN PERUNTUKAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN KPWKM
Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan adalah Bantuan Kewangan KERAJAAN yang diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menjalankan program Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat;
Bantuan Kewangan KERAJAAN diagihkan bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program khidmat kebajikan dan bertindak sebagai rakan kongsi Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan, di samping perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KEPADA NGO
1 ) PERUNTUKAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN
KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN
Terbuka untuk semua badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan secara rasmi, berdaftar, bertaraf tempatan dan diiktiraf oleh KPWKM bersesuaian dengan dasar dan kuasa undang-undang negara ini yang berkaitan bagi melaksanakan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita,keluarga dan masyarakat.
SYARAT PELAKSANAAN PROJEK
- Semua pemohon yang berjaya perlu mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Program
- Semua NGO perlu memberi PENGIKTIRAFAN KEPADA KERAJAAN
- Anjuran bersama dengan KPWKM melalui penggunaan LOGO KERAJAAN dan KPWKM
BIDANG KEUTAMAAN PROGRAM
i. Pembangunan Wanita
- Latihan dan Peningkatan Kemahiran
- Peningkatan Kapasiti Wanita
- Literasi Undang-undang
- Pengurusan Emosi
- Nur Bahagia (Menangani Keganasan Terhadap Wanita)
- Kepekaan Gender
ii. Pembangunan Keluarga
- Kekeluargaan
- Keibubapaan
- Kebapaan
- Persediaan Perkahwinan
- Pemantapan Perkahwinan
- Pembangunan Remaja
- Kesihatan Reproduktif
iii. Pembangunan Masyarakat
- Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak
- Advokasi dan Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang
- Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya
- Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
- Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana
- Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa dan Pengemis
- Kajian dan Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
- Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
- Persediaan Persaraan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN NGO UNTUK MEMOHON BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN
- Telah BERDAFTAR dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia;
- Tidak berorientasikan keuntungan (NON-PROFIT ORGANIZATION);
- Selaras dengan bidang keutamaan yang telah dinyatakan;
- Tidak bertentangan dengan perlembagaan Malaysia;
- Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan;
- Memberi MANFAAT kepada kumpulan sasar
BORANG PERMOHONAN
Borang rasmi permohonan boleh dimuat turun daripada laman sesawang berikut:
Jabatan Kebajikan Masyarakat (http://www.jkm.gov.my),
Jabatan Pembangunan Wanita (https://www.jpw.gov.my) dan
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (http://www.lppkn.gov.my).
MAKLUMAT LANJUT:
Program Pembangunan Wanita:
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Tingkat 23-25, No. 55, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p.: Pengarah, Bahagian Penyelarasan, Pemantauan & Penilaian)
Tel: 03-8323 1620/1633
Faks:03-8323 2035
Website: www.mywanita.gov.my
Email:
Program Pembangunan Keluarga:
Ketua Pengarah
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Tingkat 21, Bangunan LPPKN
Peti Surat 10,416
Jalan Raja Laut
50712 Kuala Lumpur
(u.p: Pengarah, Sektor Perkhidmatan Keluarga)
Tel: 03-2613 7555 (samb. 1209/1214)
Faks: 03-2694 5458
Website: www.lppkn.gov.my
Emel:
Program Pembangunan Masyarakat:
Ketua Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p: Bahagian Komuniti)
Tel: 03-8323 1000
Faks: 03-8323 2059
Website: www.jkm.gov.my
Email: