<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">
LITERASI PERUNDANGAN DAN HAK WANITA (IRIS)
Pengenalan
Program Iris merupakan program yang mempunyai penambahbaikkan dari segi elemen pemahaman terhadap perihal penganiayaan terhadap wanita yang signifikan terhadap kes yang berlaku bagi meningkatkan literasi undang-undang dalam kalangan wanita. Program ini berfungsi sebagai medium penyampaian ilmu dan pengetahuan mengenai hak individu dari aspek perundangan, saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa keganasan, diskriminasi dan ketidakadilan.
Bunga Iris juga adalah simbol kepada harapan, kebijaksanaan, komunikasi, dan keyakinan
Objektif Program
• Memperkasakan literasi perundangan dalam komuniti khususnya wanita serta keberanian untuk membuat laporan
• Mempertingkatkan pemahaman perihal penganiayaan terhadap wanita yang signifikan
• Memberikan maklumat kepada masyarakat tentang saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa keganasan dan ketidakadilan yang berlaku
Peranan IRIS
Khidmat Guaman
Isu Perceraian Perkahwinan Islam
Isu Perceraian Perkahwinan Bukan Islam
Lampiran
No. | Tajuk |
1. | Risalah Iris |
#ProgramIris
#Iris