<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">
Wanita Sejahtera: Program Advokasi Wanita Sejahtera "Iris dan Matahari"

Program Advokasi Wanita Sejahtera IRIS & MATAHARI
Anjuran Bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang, Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka & Persatuan Wanita (PERWANI) UiTM Jengka.
Sebuah program kesedaran dan cakna wanita demi mendidik golongan ini tentang Akta AntiGangguan Seksual yang merupakan cerminan kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani serta menghapuskan diskriminasi berasaskan gender terutama gangguan seksual. Ditambah pula program gabungan IRIS dan MATAHARI ditunjukkan kebergantungan 2 aspek di mana IRIS berteraskan mendidik wanita agar mempunyai pengetahuan berkenaan hak pembelaan dalam undang-undang dan MATAHARI memperkasa dan memupuk kemahiran psikologi dalam mengurus tekanan emosi dengan lebih berkesan.
Slot perkongsian Akta AntiGangguan Seksual di mana menekankan kandungan dalam pembaharuan struktur melalui penggubalan akta baharu ini adalah seiring dengan strategi mempertingkat perlindungan undang-undang serta meningkatkan program kesedaran dan intervensi mengenai hak wanita.
Sukacita dimaklumkan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang akan mengadakan “Program Advokasi Wanita Sejahtera IRIS & MATAHARI " pada ketetapan yang berikut:
📆 Tarikh: 15 Julai 2023 (Sabtu)
🕰Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
🏫Tempat: Dewan Kuliah Ibnu Hazm, Bangunan Infra-Science Tech, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
🙍🏻♂️Penceramah AAGS: Puan Norasniza Nadia binti Abidin
Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang
Slot Taklimat Akta AntiGangguan Seksual
🙍🏻♂️Penceramah IRIS: ASP Nooradibah binti Tajul Arif
Pegawai Turus D11, Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang.
🙍🏻♂️Penceramah MATAHARI: Prof Madya Ts. Dr. Mohd Nor Mamat
Pensyarah Akademi Pengajian Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
#PPWNNegeriPahang
#JabatanPembangunanWanita
#KPWKM
#SalamMalaysiaMadani
#KasihWanita
#HentikanGangguanSeksual
#AktaAntiGangguanSeksual
#wanitasejahtera
Event Information
Tarikh Berita | 15-07-2023 8:00 am |