<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">
Domain Keseimbangan: WAJA: Bertindak Bijak, Jangan Jadi Mangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan dengan kerjasama Smecorp Kelantan akan mengadakan perkongsian mengenai Wanita Anti Jenayah(WAJA) dengan topik yang menarik sempena Minggu Usahawan Nasional (MUN) & Minggu Keusahawanan PMKS 2022.
Oleh itu, kami ingin menjemput anda semua untuk menghadiri dan memeriahkan program ini. Maklumat program adalah seperti berikut:
CERAMAH DAN DEMONSTRASI PERTAHANAN DIRI- "BERTINDAK BIJAK, JANGAN JADI MANGSA!"




Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana topik yang bakal dikongsikan dapat memberi kefahaman mengenai isu jenayah termasuk keganasan terhadap wanita serta dapat melatih masyarakat untuk mengambil tahu aspek keselamatan terhadap pelbagai jenis ancaman yang berlaku di sekeliling mereka.
Jadi datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Ekspo Keusahawanan Sempena Minggu Usahawan Nasional (MUN) & Minggu Keusahawanan PMKS 2022.
Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk anda warga Kelantan.!!!
pakat maghi blako adik kakok!!!
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi atau WhatsApp di talian 019- 771 9455(Cik Syafiqah)
Jabatan Pembangunan Wanita - JPW
Event Information
Tarikh Berita | 26-06-2022 11:00 am |
Location | Pentas Utama, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan |