<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">
Semarak Skuad Waja Negeri Sabah

PROGRAM SEMARAK SKUAD WAJA NEGERI SABAH 2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat akan menganjurkan Program Semarak Skuad Waja Negeri Sabah 2022 bertempat di Centre Court, Ground Floor, Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah pada 4-5 Jun 2022. Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ayuh kita sama-sama hadir bagi memeriahkan program ini! Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti Pertandingan kraftangan tradisional etnik Sabah, pertandingan senam tari, persembahan seni bela diri oleh pihak PDRM/karate wanita, pertandingan Tanak Topiodo (Ratu Cantik kanak-kanak) dan persembahan tarian tradisional Sabah (Magunatip).
Anda juga dijemput untuk mendengar perkongsian yang menarik dalam sesi Poket Talk & Sharing serta Sembang Skuad Waja

Booth pendaftaran untuk menyertai Skuad Waja juga turut dibuka kepada orang ramai. Ayuh jangan lepaskan peluang menarik ini !
Syarat-syarat penyertaan Skuad Waja:






Ayuh semarakkan jiwa kesukarelawan Skuad Waja! Kita semua memainkan peranan 

Jumpa anda di sana!
Event Information
Tarikh Berita | 04-06-2022 10:00 am |
Location | Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah |