<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">
WANITA KEPIMPINAN
PROGRAM INKLUSIVITI
Meningkatkan 30 peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan
PROGRAM KEPIMPINAN KOMUNITI
KOLABORASI STRATEGIK DENGAN
SURUHANJAYA SEKURITI
Program-Program Wanita Kepimpinan
Program Pemerkasaan Kepimpinan
Program bagi meningkatkan potensi, kemampuan dan daya tahan wanita untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan.
Tanggungjawab:
Bahagian Pembangunan Wanita (BPW)
Program Advokasi Kesedaran Gender
Program advokasi bagi mendidik dan memberi pendedahan tentang hak dan kesamarataan gender dalam semua aspek kehidupan.
Tanggungjawab:
Bahagian Pembangunan Wanita (BPW)
Sambutan Hari Wanita
Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia.
Tradisi sambutan HW peringkat Kebangsanaan adalah pada 25 Ogos dan masih diteruskan sebagai tanda bagi memperingati sejarah perjuangan wanita tanah air terdahulu pada awal tahun 1960-an.
Tanggungjawab:
Bahagian Usahasama (BUS)